Powered by Max Banner Ads 

Samseng Plaza Lowyat!!!

July 1st, 2009

Aku cuma copy paste dari email aku je. Kalau cerita ni betul, korang buat la apa yang patut, kalau cerita ni tak betul, aku mintak maaf kat owner gambar ni ye. :)

Dari kotak email aku :

nih nama kedai dier…
MOBILE PHONE,UNLOCKING SERVICES, BELCO CITY ..
1st kedai kat lorong tuh. Ni muka Si APEk tu.. BANNED!!

Sebarkan ke seantero dunia. Padan muke dia.

salam semua,

sab2 aritu…aku ngan member aku cadang nak bli hp kat lowyat…
kitorang mmg usha w580…1st kedai kitorang tanya rm400 full set..harga dah ok..tpi kitorang usha la lgi..
tgh jln..masuk 1 lorong puaka kat plaza lowyat nih…

dok jalan kat situ..kne tarik ngan stu apek ciba* nih..alang2 usha lah hp kat kedai dier..dok pilih2 hp below rm400..lama gak time tuh..dekat 15minit kat kedai apek tuh dok belek2 hp.

pastu amik keputusan nak bli w580…1st cina tuh letak rm450…bodek2 dptlah rm400…dier kte rm400 FULLSET…kitorang pon deal lah ngan dier…dier minx deposit dlu rm50…kitorang pon pergi lah crik atm..kuarkan lgi duit..

pas tuh gi blik kedai apek tuh… nak byr ni..tgh tggu apek sorang nih gi amik hp kat supplier..pastu borak2 jap ngan member dier lgi sorang..time tuh ader 3 org..

tetiba member dier lgi sorang kte rm400 TAK FULL SET LAk…spe x marah..tdi kte full set..nih time nak byr ckp lain lak..

gile aper..mulut mcm longkan. bli hp bru dpt hp jer…brg2 lain x dpt..pelikkan?

aku pon start lawan ckp apek tuh…mcm2 aku ckp..aku ckp 1st kedai kitorang tanya dpt full set..asal kdai nih x dpt…apek tuh x dpt terima kenyataan..dier kte kedai dier sorang jer jual w580 rm400..kedai lain x der..ngok giler…aku tanya kedai lain mmg ader..siap FULLSET lgi..

lawan punyer lawan..apek tuh bengang..dier gi kat aku…lgi skit dier nak lempang aku..perghh mmg cuak time nih.,rse nak mti jer… aku cool jer..dlm hati takot..

fikir punyer fikir..aku x nak bli ngan dier…aku minx lah blik rm50 deposit tdi..dier x bgi..spe x hangin…
minx punyer minx..dier nak bgi rm20 jer…spe x marah..bgi rm50.. pulangkan rm20…burn jer rm30..rm30 mkn kenyang wooo… kat sini pon hampir nak bertumbuk..last2 malas nak gaduh…trus chow..burn arr rm30 tuh…mmg terkilan..

Disclaimer sekali lagi :
Aku cuma kongsi apa yang ada kat dalam email aku ye. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tapi kalau cerita ni betul, aku memang hangin la dengan mamat ni. Bagi je la balik duit tu. Dah la penipu.

aku yang hebat manusia normal , , , ,

Luahan Hati Seorang Pelanggan Blogstarz

June 21st, 2009

Seperti biasa, rutin harian aku sejak kewujudan blogstarz.my ni ialah dengan mengambil perkembangan mereka. Hari ni, aku masuk forum blogstarz.my tu dan terjumpalah satu posting yang menarik ni. Menurut kata si abby ni, dah 3 bulan dia tunggu produk (produk apa ntah) tapi sampai sekarang, benda tu tak dapat. Kesian dia naik turun ofis blogstarz.my tu, tapi tak dapat hasil. Encik Karl, apa cerita? Blog anda tu dah sunyi sepi aku tengok. Dah surrender ke dengan blogstarz ni?

Korang boleh baca posting tu kat sini. (seperti yang aku duga, posting tu dah kena padam. Hehehe)

luahan hati

aku yang hebat Bisnes, aku hebat , , ,

Perencah Makanan/Minuman Tambahan

June 17th, 2009

Pagi tadi time dah nak habis sarapan dengan rakan sepejabat aku, rakan sepejabat aku tu nak habiskan la dia punya horlick ais tu. Time dia nak minum tu, tiba-tiba dia ternampak ada makhluk kat dalam tu. Dengan cutenya, dia tuangkan dalam Maggie sup yang dia dah habiskan tu.

Dengan cutenya jugak, aku keluarkan henpon kesayangan aku ni, terus snap gambar. Ekekeke… korang teka la apakah makhluk tersebut dan kat lokasi tempat aku bersarapan tu.

P/S: Sila pastikan tempat makan korang tu betul-betul. Pastikan para mamak yang bekerja tu paham bahasa melayu. :D

aku yang hebat manusia normal , , , , , ,

Blogger oh Blogger

June 15th, 2009

Nak menjadi seorang blogger ni bukannya susah sangat. Asalkan tau tekan keyboard, dah boleh jadi seorang blogger. Tapi nak menjadi seorang blogger yang berkredibiliti bukannya senang. Banyak perkara yang perlu dikaji dulu sebelum buat karangan. Tak boleh la nak main hentam je tulis.

Ada sesetengah blogger tu main cedok je isi kandungan blog orang lain tanpa memberi kredit kat penulis asal. Perbuatan yang tak beretika sungguh. Ada jugak yang plagiat isi kandungan. Yang tu pun sama dalam kategori hampeh. Aku ni bukannya dalam kategori seorang blogger yang tegar sebab aku tak kreatif dalam buat karangan. Tapi aku menuju ke arah seorang blogger yang aktif. Teringat aku zaman mula-mula aku berkecimpung nak tulis blog ni. Dah bermacam-macam jenis blog yang aku buat, semuanya tinggal macam tu je sebabnya aku buat sekadar suka-suka. Tapi sejak aku mendapat suatu anjakan paradigma, aku bersemangat nak buat blog, terus aku beli nama domain dengan hosting. Dan sejak itu, aku wujudkan lagi 2-3 blog picisan yang agak boleh dibanggakan jugak la dari segi traffik walaupun isinya macam hampeh.

Waktu untuk menulis blog pulak tak tentu sebab bergantung kepada mood. Biasa la tu, kalau nak menulis ni, mesti la kena ada mood dulu. Kalau tak ada mood, macam mana la nak buat karangan yang cemerlang kan. Sesetengah entri yang aku karang, ada aku simpan dulu dan ada jugak yang lepas aku tulis je, on the spot aku publish terus. Tapi yang pasti, aku jarang nak menulis time waktu siang sebab waktu siang aku banyak habiskan masa untuk buat perkara lain (termasuklah menggadis bersama rakan-rakan).

aku yang hebat manusia normal

Tekanan? Tension? Stress?

June 9th, 2009

Nah… Layan video ni kejap untuk menghilangkan stress.


Funny - Funny Videos

aku yang hebat Hiburan ,


 Powered by Max Banner Ads